1. Pengumpulan
2. Pemindahan
3. Penuaian
Kepada para pelajar Reka Cipta Tingkatan 4 2010 MRSM Kubang Pasu, anda dikehendaki untuk membuat Projek SPM berdasarkan tema yang telah dipilih. Apa yang perlu dilakukan ialah :
1. Membuat projek yang boleh berfungsi.
2. Menggunakan bahan yang sebenar dan murah.
3. Menepati tema yang telah dipilih ( menyelesaikan masalah yang dinyatakan )
- setiap bahan yang dibeli perlu dicatat harganya.
-Proses pembuatan sebaiknya diambil gambar langkah pembuatan.
Penghasilan projek perlu menepati Aspek 2 iaitu :
2.1 Menghasilkan reka bentuk artifek yang bertepatan dengan tujuan asal
2.2 Mengambil kira aspek estetika dalam penghasilan artifek
2.3 Menghasilkan artifek yang bertepatan dengan pernyataan masalah
2.4 Menghasilkan artifek yang mempunyai nilai
30 November 2010
Maklumat penting untuk mendapatkan A Bagi Setiap Kategori
Aspek 2.1 | Kriteria | Evidens | Catatan |
Menghasilkan reka bentuk artifak yang bertepatan dengan tujuan asal | (i)Memilih dan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan reka bentuk artifak | ||
(ii)Mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri | Artifak | Contoh: Artifak seperti cerek ada penebat pada tangkainya | |
(iii)Reka bentuk artifak memenuhi cita rasa / sesuai / serasi / harmoni | |||
(iv)Berpotensi dihasilkan / dikeluarkan secara "mass production" |
Aspek 2.2 | Kriteria | Evidens | Catatan |
Mengambil kira aspek estetika dalam penghasilan artifak | (i) Memilih dan menggunakan warna yang sesuai dan menarik | ||
(ii) Corak / susun atur bahan / komponen / bahagian artifak seimbang | |||
(iii) Menghasilkan penambahan yang sesuai dan menarik | Jenama / logo /sticker / buatan ( made in ) | ||
(iv) Menghasilkan artifak yang menunjukkan kehalusan kerja | Artifak |
Aspek 2.3 | Kriteria | Evidens | Catatan |
Penghasilan artifak yang bertepatan dengan pernyataan masalah | (i) Menghasilkan artifak yang bertepatan dengan penyataan masalah | Artifak | Manual pengguna mesti disertakan |
(ii) Menghasilkan artifak dengan skala yang tepat | Rujuk Aspek 2.5 ( i ) dan skala untuk model ditampal pada artifak | ||
(iii) Menghasilkan artifak yang asli | Dihasilkan sendiri oleh calon | ||
(iv) Menghasilkan artifak yang boleh menunjukkan fungsinya bertepatan dengan cara penyelesaian masalah | Rujuk Aspek 1.4 ( iii) / Manual Pengguna |
Aspek 2.4 | Kriteria | Evidens | Catatan |
Menghasilkan artifak yang mempunyai nilai | (i) Mesra pengguna ergonomik | Rujuk 1.1 ( i ) Memenuhi cita rasa / kehendak menarik. | |
(ii) Mesra Alam | |||
(iii) Mempengaruhi kumpulan sasaran | |||
(iv) Berpotensi untuk dipasarkan | Brosur disediakan | Antara kandungan brosur : Nama Produk/logo/jenama/nama syarikat/harga/alamat pegeluar/kegunaan |